BAB 2:
ORGAN DERIA MANUSIA
ORGAN DERIA | PEKA KEPADA RANGSANGAN |
Mata | Cahaya |
Telinga | Bunyi |
Hidung | Bahan Kimia (bau) |
Kulit | Sentuhan, tekanan, sakit, panas, sejuk |
Lidah | Bahan Kimia (rasa) |
DERIA SENTUH
KULIT
1. Kulit ialah organ deria sentuhan.
2. Kulit bergerak balas terhadap rangsangan panas, sejuk, tekanan, sentuhan, dan sakit.
3. 5 jenis hujung saraf (reseptor) di bawah kulit peka terhadap rangsangan-rangsangan tersebut.
4. Apabila reseptor terangsang, maklumat(impuls) dihantar melalui saraf ke otak untuk ditafsirkan.
5. Kepekaan kulit bergantung kepada:
a) Ketebalan epidermis
· Semakin nipis epidermis, semakin peka kulit terhadap rangsangan
b) bilangan hujung saraf (reseptor)
· Semakin banyak reseptor pada kulit, semakin peka bahagian kulit itu terhadap rangsangan.
No comments:
Post a Comment